Tuesday, July 24, 2012

KAGAWA MENGANCAM


                                              
SHANGHAI - Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand melahirkan keyakinan bahawa pemain Jepun, Shinji Kagawa bakal menerima sambutan hangat dalam kempen Liga Perdana musim depan.
Bekas pemain tengah Borus- sia Dortmund berusia 23 tahun itu yang ketika ini berada di sini bersama rakan sepasukan turut mengakui kagum dengan pasukan The Red Devils itu.
"Saya sangat teruja melihat aksinya dahulu ketika mewakili Dortmund di televisyen dan juga melalui laman Youtube," kata Ferdinand.
Ferdinand berkata, Kagawa sangat pantas, memiliki ketajaman di hadapan gol, bersemangat tinggi dan boleh bermain menggunakan kedua- dua kakinya.
Menurutnya, dia sangat gembira dapat bermain bersama Kagawa musim depan kerana bintang Jepun itu merupakan salah seorang pemain terbaik di Bundesliga.
Kagawa tiba di Old Trafford bulan lepas setelah bersetuju dengan kontrak empat tahun dan masih menyesuaikan diri dengan persekitaran di England.
Sementara itu, Alex Ferguson gembira Kagawa mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu walaupun masih kurang memahami bahasa Inggeris.
Pengurus dari Scotland itu juga yakin, Kagawa mampu menghadapi kehidupan serta suasana di London kerana dia seorang yang cepat belajar.
Kagawa dan rakan sepasukannya akan menentang Shanghai Shenhua, kelab baharu Nicolas Anelka dan Didier Drogba dalam perlawanan jelajah pramusim hari ini.

No comments:

Post a Comment