Tuesday, August 28, 2012

saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee


Saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee | Mohd. Sarbinee Allawee Ramli yang merupakan penjaga gol utama pasukan, menafikan dakwaan yang dia terkena buatan orang atau sihir ketika aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Piala Malaysia 25 Ogos 2012 lalu.

Sebaliknya Sharbinee berkata, dia hanya mengalami masalah pernafasan ketika insiden yang berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang itu. Kejadian tersebut menyaksikan Sharbinee yang berusia 25 tahun itu pengsan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital Selayang pada malam tersebut. Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dari hospital tersebut pada pukul 2 pagi keesokan harinya.

Saya Pengsan Bukan Kerana Sihir Atau Buatan Orang - Sharbinee Allawee

Nafi Kena Sihir Atau Buatan Orang

“Saya pengsan (pada perlawanan itu) kerana masalah kesihatan dan tiada kaitan langsung dengan terkena sihir. Pada mulanya, simptom-simptom awal akibat gatal di badan menunjukkan saya mengalami keracunan makanan atau alahan. Sebenarnya, saya tidak mengalami alahan sebagaimana yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan saya sudah biasa menikmati makanan laut itu (udang) sebelum ini.

“Buat masa ini, saya masih belum mendapat apa-apa maklumat berhubung penyakit itu. Doktor telah menjalankan ujian terhadap sampel darah saya dan keputusan (penyakit) akan diketahui dalam tempoh beberapa hari,” kata Sharbinee dalam akhbar Kosmo!.

Dalam masa yang sama, Sharbinee berharap spekulasi liar yang mengatakan dia terkena sihir dihentikan segera. Beliau agak terkejut apabila ada pihak yang mendakwa dia terkena buatan orang (sihir). Sebenarnya, susah untuk dia menjelaskan perkara ini selagi tiada informasi mengenai penyakitnya daripada pihak hospital. Katanya, dia sudah biasa makan makanan laut dan pada pendapatnya, alergi pada udang itu bukan punca dia pengsan. Namun, Sharbinee tidak lupa untuk memanjat syukur dan terharu terhadap semua sokongan dan semangat yang diberikan daripada peminat-peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Rebah dan Pengsan

Dalam insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus aksi babak kedua bermula di Stadium MPS, Sharbinee rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke hospital. Difahamkan, sebelum pengsan, dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya bagi mengurangkan rasa gatal yang dialaminya.-Busuk.org

Monday, August 27, 2012

ZHULIANG MUNGKIN AKAN KEKAL DI MALAYSIA

                            



KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih terjun Yang Zhuliang, yang dikhabarkan bakal meninggalkan skuad kebangsaan untuk pulang ke Australia, berkemungkinan besar kekal setia bersama Malaysia dengan bermatlamatkan kejayaan lebih besar pada Olimpik Rio de Janeiro 2016.
Ini berdasarkan petanda kuat daripada jurulatih itu, di samping beberapa perkembangan positif sejak kejayaan anak didiknya, Pandelela Rinong merangkul gangsa Olimpik, iaitu pingat pertama selain badminton untuk kontinjen negara.
Kontrak Zhuliang, 48, akan berakhir Oktober ini dan Majlis Sukan Negara (MSN) dijangka mengemukakan tawaran baru yang tentunya lebih menarik dan lumayan, bagi melanjutkan tempoh perkhidmatannya dalam tempoh terdekat.
Jurulatih kelahiran China yang juga memegang status Penduduk Tetap (PR) di Australia itu, berkemungkinan diperbaharui kontraknya selama empat tahun iaitu sehingga Sukan Olimpik Rio.
"Adalah satu kelaziman untuk semua jurulatih seluruh dunia berpindah-randah selepas kitaran empat tahun.
"Namun jika tawarannya bagus, kenapa tidak? Saya akan berasa gembira jika ditawarkan kontrak baru oleh MSN," kata Zhuliang.
Ditanya jika dia mempunyai sebarang syarat untuk kekal, jelasnya: "Dalam pekerjaan anda, apakah anda tidak ada sebarang permintaan?"
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek pada minggu lalu menyatakan pihaknya akan melakukan apa yang terdaya untuk menawan hati Zhuliang, yang disifatkan sebagai jurulatih berwibawa, untuk terus membimbing penerjun negara.
Shabery turut memberikan jaminannya bahawa sukan terjun bakal diberi keutamaan kelak dan ternyata ia bukan janji kosong apabila Shabery sendiri turun padang meninjau keadaan tenat fasiliti di Pusat Akuatik dan gim kering kegunaan penerjun.
Beliau mengumumkan peruntukan hampir RM1 juta akan digunakan bagi membiayai kerja menaiktaraf dan penyelengaraan.
Selain itu, Shabery juga berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan pengambilan empat jurulatih baru untuk membantu ringankan beban Zhuliang.
Dengan segala jaminan pihak Kementerian, Zhuliang kini mempunyai setiap alasan untuk terus kekal, walaupun sementara menunggu apakah tawaran baru daripada MSN.
Namun tiada apa yang lebih penting melainkan niat yang diserlahkan daripada Zhuliang sendiri.
Ini kerana sekembalinya dari Olimpik London, dia langsung tidak membuang masa dan terus menyambung kerjanya pada hari berikutnya untuk mengendalikan latihan penerjun-penerjun pelapis yang sedang membuat persiapan ke Kejohanan Remaja Dunia di Adelaide, Australia, bulan depan.
"Semua penerjun dapat cuti, kami jurulatih sambung kerja. Masa depan Malaysia dalam terjun cukup cerah, terutamanya Olimpik Rio.
"Kalau mahu berjaya, kerja harus dimulakan serta-merta, bukan esok," ujarnya.-MSN

LEE CONG WEI MASIH ADA PELUANG

                                          


Datuk Lee Chong Wei masih berpeluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Bagaimanapun, semua itu hanya akan menjadi kenyataan jika perancangan yang teratur dilakukan mulai sekarang bagi membolehkan Chong Wei beraksi sekali lagi di pentas Olimpik.
Hakikat itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek.
Menurut Rashid, Chong Wei masih boleh beraksi pada Olimpik 2016 jika pemain No. 2 dunia itu bersikap selektif dengan menyertai kejohanan utama di peringkat antarabangsa.
"Prestasi Chong Wei sebenarnya sangat bagus pada tahun ini tetapi setelah dihimpit beberapa masalah kecederaan, sesi latihannya terus terganggu.
"Jadi kita perlu pilih kejohanan-kejohanan utama yang menyumbang merit (ke Sukan Olimpik) dan yang tidak penting, mungkin boleh dielakkan bagi mengurangkan risiko kecederaan yang tinggi terhadapnya.
"Chong Wei sudah berusia 30 tahun, jadi kadar proses pemulihan mungkin lambat berbanding sebelum ini.
"Jika dia berumur 20 atau 22 tahun, kita boleh asak dia lagi untuk mengikuti latihan yang lebih keras," kata Rashid kepada Kosmo! baru-baru ini.
Rashid berkata, tumpuan Chong Wei kini tidak harus tertumpu kepada misi menyumbang pingat emas Olimpik, sebaliknya lebih kepada aspek kecergasan.
"Buat masa ini, hanya (bintang China) Lin Dan dan Chong Wei sahaja yang berada di tahap yang tertinggi, (prestas) pemain-pemain yang lain masih jauh di belakang mereka.
"Selagi kita boleh mengekalkan prestasi Chong Wei dalam tempoh beberapa tahun lagi saya rasa ia sudah cukup baik.
"Apa yang paling penting sekarang, kita cuba mengelakkan Chong Wei daripada mengalami kecederaan yang serius lagi," ujar Rashid.
Sebelum beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Chong Wei ditimpa beberapa siri kecederaan sehingga menjejaskan persiapannya bagi menghadapi temasya di London.
Ketika aksi final Seluruh England menentang Lin Dan pada Mac lalu, Chong Wei terpaksa menarik diri akibat mengalami kecederaan di bahagian bahu.
Dua bulan kemudian, Chong Wei sekali lagi dirundung malang apabila mengalami kecederaan di bahagian buku lali kanan ketika beraksi pada kempen Piala Thomas di Wuhan, China.

Saturday, August 25, 2012

NURI SAHIN MAYBE GO TO LIVERPOOL

haha...its a edit picture...jgn marah ea..



Liverpool may have got off to a losing start in the league at West Bromwich Albion last week but Brendan Rodgers is hopeful Nuri Sahin will be present at Anfield to watch Sunday afternoon's game againstManchester City. As the loanee from Real Madrid could just as easily have joined Arsenal, that represents a first win of the season for the new Merseyside regime against top four clubs.
"The player had his mind set on going to Arsenal and we had to convince him to join us instead," Rodgers explains. "As soon as we realised he might be available it became our task to change the direction of the deal that was going through and wrestle the momentum away from Arsenal.
"As you can imagine, that was very difficult, because Arsenal are a wonderful club, they can offer Champions League football and they play a style of football suited to his qualities. But we've been able to persuade him to come here. He's a clever guy, he's done a lot of homework on the club and myself as a manager, and he's made a decision that this is the best route at this stage of his career."
Rodgers did a fair amount of homework on Sahin too, speaking at length to José Mourinho and making use of a friendship forged at Chelsea to establish whether or not the Turkey midfielder would be a good fit for Liverpool. "Shinji Kagawa was the player of the season in Germany last year, and the year before that it was Nuri Sahin," Rodgers points out. "All my contacts spoke very highly of him and José has been fantastic in talking about his qualities and strengths. But obviously he hasn't played so much there. It's a great opportunity for us to bring in a top technician. He's got good experience too, for a player of 23 – it's important to have players who can cope with the game."
Yes, but slow down a bit, Brendan. How exactly do you persuade a player who has not been getting enough game time at the Bernabéu to pass on a move to the Emirates and guaranteed Champions League appearances, in favour of a club still trying to get back into the top four and with only Europa League football to offer? It is just over two years since Swansea of the Championship made the then jobless Rodgers an offer that took him to South Wales instead of taking up an invitation to join the Manchester City coaching staff under Roberto Mancini. To say his rise has been meteoric would be understating the case, but it now sounds as though he could qualify as salesman of the year as well.
"When I talk to players, I promise them three things," Rodgers says. "The first is communication. I won't bluff players, I'll be totally honest and open with them. The second is that they'll become better, that I'll make sure the quality of work will improve them as players. And third I promise ambition. I want to be the best I possibly can. I grew from nothing into something through sheer ambition, work and determination.
"So I can promise them all those things, and I can guarantee they're playing for one of the biggest clubs in the world with some of the greatest supporters in the world, in a style and culture that will suit them and in a city where their family can grow and enjoy their life. If they don't go for that I'll just take out my guitar and sing them some Irish songs! You can't win them all. We lost the boy Sigurdsson to Tottenham, but there's no drama, you just get on with your job."
Rodgers' preliminary discussions with City went as far as flying out to Italy to meet Mancini and being given a tour of the club's facilities by Brian Marwood, so although he always knew he would prefer to manage in his own right rather than work as an assistant, he had a particular interest in Swansea's games against the eventual champions last season. They lost at City but won at home, though it is Rodgers's contention that for three-quarters of both games Swansea were the better team.
"In the first game they brought on Sergio Agüero and he cost more than our stadium," he says. "For an hour at City we played very well and then their sheer quality came through. Agüero is a phenomenal player. At home we were the better side and we won the game 1-0, and that showed the improvement we had made. City have quality players and once you have won the league it gives you greater confidence. But for us, if we are going to do anything this year we need to ensure that Anfield is a real cauldron, a difficult place for opponents to come to, and that starts this weekend."
With Andy Carroll's future still uncertain – though both Rodgers and City's Joe Hart said independently of each other that the centre-forward is a lovely bloke and a dedicated professional – there are bound to be questions over Liverpool's goalscoring ability, particularly as they drew a blank on opening day and needed an own goal to overcome Hearts in midweek. "I've been asked if we have someone who can get us 30 goals this season," Rodgers says. "I don't think it matters whether we do or not. If we are going to get into the Champions League we need to score 65 plus, and to achieve that we need the whole team to be scoring. Centre-halves, full-backs, midfielders are all going to have to weigh in. I think we have enough quality at the front to get goals but they have to come from other areas as well. City scored 93 goals last year, United 89, Arsenal 74 and Tottenham 69. So that's the target area, that's what we need to work towards."
Rodgers recites those figures without recourse to notes or a reference book, as though they have been buzzing in his head all summer. Most managers in his position would be daunted by them, or at least tempted to stock up with a striker or two, though Rodgers maintains his belief that midfield is the key area.
"We are always going to carry more central midfield players than most, because I will always play with three and a couple might get injured at the same time," he says. "I want our game to be based on possession with penetration, always looking to control the ball and dominate, so the midfield is crucial.
"I want to go with three strikers this season, and that's what I have at the moment in Andy, Luis Suárez and Fabio Borini. If that's the situation when the transfer window closes I won't complain. I'll just be immensely glad, like every other manager I imagine, because then I can stop commenting on rumours and gossip and get on with working with the players."

APEK "ACCIDENT"



Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dikatakan cedera ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil apabila kereta dipandunya jenis Audi terbabas di Kampung Badak, Bachok dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Apex cedera ringan di tangan manakala keretanya pula didapati remuk di bahagian pintu pemandu.


Sehubungan dengan itu, dia bakal terlepas peluang membantu Kelantan yang akan berdepan dengan skuad Hijau Kuning dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2012 malam ini.
Sumber: speakerpecah.blogspot.com

BALOTELLI AKAN TUNJUK TARING PADA MALAM INI



Roberto Mancini menegaskan sudah tiba masanya buat Mario Balotelli bertindak matang ketika mempertimbangkan memberi peluang kepada penyerang kontroversi itu apabila jura bertahan bertemu Liverpool pada malam ini,

Aguero terpaksa diketepikan dalam tempoh 3 minggu akibat kecederaan lutu yang dialami sewaktu menentang southampton dan sekaligus memberi peluang untuk Balotelli beraksi dalam kesebelasan utama di Anfield.

LIVERPOOL MAHU BELI STURRIDGE




Pengurus Liverpool,Brendan Rodgers mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang chelsea,Daniel Sturridge jika Andy Carroll meninggalkan Anfield dalam tempoh beberapa hari lagi.