Monday, July 30, 2012

NASRI DIGANTUNG TIGA PERLAWANAN


Samir Nasri Digantung Tiga Perlawanan
SAMIR NASRI DENGAN ISYARAT DIAM

SAMIR NASRI DIGANTUNG TIGA PERLAWANAN

Samir Nasri Digantung Tiga Perlawanan
Nasri Digantung Tiga Aksi Antarabangsa
PEMAIN Perancis, Samir Nasri digantung tiga perlawanan antarabangsa oleh Persekutuan BolaSepak Perancis (FFA). Pemain tengah Manchester City ini menimbulkan kontroversi bersamamedia ketika kempen Euro 2012 di Poland dan Ukraine baru-baru ini. Dia juga turut dilaporkan telah menunjukkan isyarat ‘diam’ kepada penolong jurulatih England, Gary Neville sebaik kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D.

Nasri tidak akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang juara Amerika Selatan, Uruguay (14 Ogos) di Le Havre serta dua lagi aksi bertemu Finland (9 September) dan Belarus pada 13 Sept. Seorang lagi rakan Nasri, Jeremy Menez yang beraksi bersama Paris Saint-Germain digantung satu perlawanan selepas bertegang urat dengan pengadil (Nicola Rizzoli) dan kaptennya sendiri, Hugo Lloris. Bagaimana pun, Hatem Ben Arfa dan Rennes terselamat daripada sebarang hukuman.
Mereka berdua turut dibicarakan gara-gara tidak menunjukkan hormat kepada jurulatih pasukan, Laurent Blanc dan tidak bersalam ketika dikeluarkan pada aksi suku akhir bertemu Sepanyol.
SAMIR NASRI DIGANTUNG TIGA PERLAWANAN

No comments:

Post a Comment