Tuesday, August 21, 2012

ALEX SONG DI BARCA 5 TAHUN



BARCELONA - Perancang Cameroon, Alex Song telah menandatangani kontrak selama lima tahun untuk menyarung jersi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona semalam.
Skuad The Catalan itu membayar yuran perpindahan bernilai 19 juta euro (RM73.5 juta) bagi melengkapkan perpindahan pemain itu ke Nou Camp daripada Arsenal.
"Saya sangat gembira kerana dapat beraksi bersama Barcelona.
"Semua orang tahu bahawa pasukan ini merupakan yang terbaik di dunia.
"Saya memang memasang impian untuk beraksi bersama Barcelona yang memiliki ramai pemain bintang seperti Cesc Fàbregas, (Lionel) Messi dan(Andrés) Iniesta. Ia merupakan hari yang menakjubkan bagi saya," kata Song.
Song dibawa masuk ke Nou Camp bagi menggantikan tempat Seydou Keita yang telah meninggalkan Barcelona bulan lalu.
Sementara itu, jurulatih Barcelona, Tito Vilanova berkata, beliau sangat kagum dengan corak permainan Song yang dilabel sebagai pemain serba boleh.
"Song mampu memberi banyak sumbangan kepada kami (Barcelona).
"Dia sangat bagus. Jika kehilangan bola, dia boleh mendapatkan semula dengan pantas dan saya percaya itu akan memberi kelebihan kepada kami," kata Vilanova.
Song menjadi pemain kedua yang dibeli kelab gergasi Sepanyol itu selepas Jordi Alba menyertai skuadThe Catalan daripada Valencia.
Berita perpindahan Song itu sudah pasti menambahkan lagi derita buat Arsenal.
Ini kerana, skuad The Gunners sebelum ini telah kehilangan khidmat penyerang Belanda, Robin van Persie yang berhijrah ke Manchester United.
Van Persie dibawa masuk ke Old Trafford dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta (RM117.783). -KOSMO!

No comments:

Post a Comment