Friday, June 29, 2012

KEMARAAN BALOTELLI




 Pada separuh masa pertama,penyerang Manchester City itu meletakkan Itali selesa 2-0 di hadapan dengan menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-20.

Sami Khedira sempat membuatkan pintu gol Azzuri cemas melalui sepakan jarak jauh. Tetapi dalam sekelip mata, Jerman terdedah kepada bahaya dengan satu gerakan pantas yang digerakkan Riccardo Montolivo.

Gol kedua dijaringkan dengan lebih bergaya apabila Balotelli berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan kencang tanpa dapat dihalang Manuel Neuer pada m36.

Walaupun benteng pertahanan agak goyah, Joachim Loew tiada pilihan melainkan mengeluarkan Mario Gomez dan Lukas Podolski yang kurang menyengat lalu memasukkan Miroslav Klose dan Marco Reus.
Percaturan itu tidak menjaminkan gol buat Jerman yang berdepan pertahanan kental Itali selain kecemerlangan penjaga gol, Gianlugi Buffon. Khususnya ketika dia menepis keluar sepakan percuma Reus pada minit ke-62.
Itali seharusnya mengukuhkan kedudukan mereka tetapi Claudio Marchisio gagal memanfaatkan dua peluang dan Antonio di Natale turut kecewa dengan penyudahnya yang tersasar.
Jerman akhirnya mendapat gol saguhati seminit selepas masa sebenar tamat dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Federico Balzaretti.Skuad Azzurri akan bertemu Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro 2012 pada awal pagi Isnin ini.

No comments:

Post a Comment