Friday, July 27, 2012

KAGAWA MENYENGAT


TOKYO - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa akan memberi impak besar kepada kelab itu selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan pramusim di China minggu lepas.
Ferguson berkata, Kagawa, 23, mempunyai perwatakan untuk menjadi salah seorang pemain pentingThe Red Devils setelah berpindah daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund.
                                    
"Dia sangat penting buat pasukan dan pemain itu juga mempunyai sejarah hebat semasa di Dortmund," kata Ferguson yang memuji Kawaga setelah menjaringkan gol kemenangan United ke atas kelab China, Shanghai Shenhua minggu lalu.
Kagawa meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68, namun Shanghai tidak menurunkan dua bekas penyerang sensasi Chelsea, Nicolas Anelka dan Didier Drogba pada perlawanan itu.
Tambah Ferguson lagi, dia mahu melihat Kagawa menyinar lebih lama di Old Trafford.
Dalam pada itu, Ferguson berharap kemasukan Kagawa dalam pasukan tersebut akan menambah kekuatan pasukan dalam misi mereka merampas kembali mahkota Liga Perdana England yang terlepas lalu kepada pasukan tetangga, Manchester City musim lalu.
"Dia bijak, mempunyai dua kaki yang pantas serta bekerja keras.
"Pada usia 23 tahun dia telah menimba banyak pengalaman hebat di Jerman sebelum datang ke England," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment