Friday, July 27, 2012

SAYA YAKIN BOLEH



                                           
LONDON - Jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dipertanggungjawabkan untuk menggalas cabaran negara dalam acara keirin dan pecut pada Sukan Olimpik 2012 London.
Keputusan tersebut bakal menyaksikan Josiah Ng berada dalam senarai simpanan pada temasya kali ini.
Pengurus pasukan berbasikal trek negara, Datuk Naim Mohamad berkata, pemilihan Azizulhasni untuk beraksi dalam kedua- dua acara itu telah dipersetujui oleh jurulatih, John Beasley.
Menurutnya, ia dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk pencapaian kedua-dua pelumba berkenaan di pentas antarabangsa sebelum ini.
"Pemilihan Azizulhasni sebagai pelumba utama hanyalah keputusan awal dan ia akan dimuktamadkan menjelang hari pertandingan kelak. Acara pecut lelaki akan bermula pada 4 Ogos sebelum kei- rin menyusul tiga hari kemudian.
"Cadangan ini juga dipersetujui oleh John Beasley yang mengambil kira beberapa kriteria. Antaranya semasa kelayakan, pertandingan lalu dan penilaian-penilaian yang lain.
"Dari segi saintifik, sifat-sifat dan perwatakan turut diambil kira dalam pemilihan Azizulhasni sebagai pelumba untuk acara keirin dan pecut.
"Perkara ini telah dibincangkan dan Josiah pula dapat menerima- nya. Kami telah berbincang dengannya (Josiah) dan dia tidak berasa kecewa.
"Josiah bagaimanapun tetap pelumba simpanan yang berpotensi," kata Naim ketika ditemui di Perkampungan Atlet Sukan Olimpik London 2012 semalam.
Keputusan tersebut sekali gus menafikan perancangan awal yang meletakkan Azizulhasni untuk menyertai acara keirin, manakala Josiah akan berkayuh dalam acara pecut.
Dalam perkembangan lain, Naim memberitahu bahawa kece- deraan yang dialami Azizulhasni semasa terjatuh di Cologne, Jerman baru-baru ini tidak serius kerana ia hanya melibatkan kema- langan kecil.
"Kecederaan Azizulhasni tidak serius dan ia tidak menghalang prestasi. Dia hanya mengalami luka ringan. Ia tidak melibatkan kecede- raan dalaman seperti otot atau tulang yang boleh membimbangkan harapan memburu pingat.
"Misi memburu pingat adalah cerah dan kemalangan yang dialami Azizul tidak menjejaskan peluang kita," kata Naim.
Kemalangan itu merupakan yang kedua menimpa Azizulhasni selepas peristiwa tersusuk serpihan trek pada bahagian betis kiri semasa bertarung dalam acara akhir keirin selepas terjatuh pada Siri Piala Dunia Klasik dekat Manchester, Februari tahun lalu dan ia memaksanya berehat panjang.
Naim turut meletakkan keyakinan beliau terhadap corak kayu- han Azizulhasni yang tidak menyalahi peraturan walaupun pelumba itu pernah dibatalkan kemenangannya dalam satu pertandingan sebelum ini kerana taktikal yang digunakannya didakwa membahayakan pelumba lain.
"Azizulhasni tahu apa yang dilakukannya. Asalkan tayar basikalnya tidak bergesel dengan tayar basikal orang lain, ia tidak berbahaya. Itu cara perlumbaan dan dia kena ambil risiko dan dia juga kena berani," tegasnya.
Jelasnya lagi, berdasakan perbezaan peraturan acara berbasikal dalam Sukan Olimpik sebelum ini, kaedah baharu yang ditetapkan dengan seorang pelumba bagi setiap negara bertanding akan memberi peluang lebih baik kepada setiap pelumba untuk meraih pingat.

No comments:

Post a Comment