Saturday, July 07, 2012

MODRIC MAHU KE REAL MADRID


MODRIC TETAPKAN TARIKH AKHIR UNTUK MADRID.

Luka Modric mahu segera menyelesaikan rundingan perpindahannya ke Real Madrid.

Bintang midfield Croatia itu menjadi hampa dengan kegagalan kelab Sepanyol tersebut untuk berunding dengan Tottenham.

Pasukan pengurusan beliau telah menetapkan tarikh akhir 17 Julai ini untuk Real bersetuju secara prinsipal atau mereka akan mencari pilihan lain

Laporan di Sepanyol mendakwa Madrid sekurang-kurangnya perlu mengumpulkan £35 juta untuk membeli Modric, 26, yang enggan mengemukakan permohonan perpindahan ketika Real masih teragak-agak.

Tottenham enggan berunding apatah lagi mempertimbangkan pilihan pertukaran pemain.

Dan ketibaan
Andre Villas-Boas sebagai pengurus baru Spurs telah menjadikan mereka lebih berazam untuk mengekalkan Modric, yang masih ada kontrak sehingga 2016.

No comments:

Post a Comment