Monday, July 09, 2012

SAFEE PERKUAT JENTERA SERANGAN


SAFEE turut tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi Arsenal dan Manchester City.



SERAMAI 27 pemain telah dipanggil menjalani latihan pemilihan dengan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana England (EPL) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bulan ini.
Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC (24 Julai) sebelum menentang juara EPL 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai.
Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 8.45 malam.
Selain aksi persahabatan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 16 Ogos depan.
Penyerang kebangsaan yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd. Safee Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.
Selain Safee, mereka yang turut dipanggil menyertai latihan tersebut ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor), Ahmad Shakir Md Ali, Mohd. Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan), Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhamad (Terengganu), Azamuddin Mohd. Akil (Pahang), Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas (Harimau Muda A), Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd. Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC).

No comments:

Post a Comment