Saturday, June 30, 2012

MALAYSIA LNG TAJA KELAB JEPUN



Nama Malaysia LNG bakal terpapar di dada jersi pasukan kelab Divisyen 1 (J1) Liga Jepun, FC Tokyo seperti dipetik dari laman web kelab tersebut, http://www.fctokyo.co.jp
Malaysia LNG Sdn Bhd, syarikat gas asli cecair yang ditubuhkan pada 1978 dan berpengkalan di Bintulu mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mula menaja di pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara AFC nanti.
FC Tokyo dilihat sudah melangkah ke pusingan kedua 16 pasukan apabila menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan jauh meninggalkan dua pasukan di bawah iaitu Brisbane Roar dan Beijing Guoan yang berkongsi 3 mata.
Dalam saingan domestik, FC Tokyo berjaya menjadi juara J2 untuk musim lalu seterusnya layak untuk dinaikkan pangkat ke liga yang lebih elit iaitu J1 untuk musim 2012.
Tiket ke Liga Juara-Juara Asia pula diraih melalui kejayaan menjuarai Piala Emperor dengan menewaskan  pasukan J1 yang lebih kuat, Kyoto FC.
Jersi baru kelab FC Tokyo yang tertera nama Malaysia LNG ini dijangka dijual untuk pasaran umum tidak lama lagi.




No comments:

Post a Comment